Friday, April 12, 2013

Gangster lu mau pergi mane??

Posted by Blogging for future 1:10 AM, under | No comments


Kecoh sekarang ni cerita pasal gangster sekolah yang tersebar kat Youtube. Budak sekolah pukul kawan kelas..Budaya pukul memukul, gangster, taiko, otai semua ni dah lama lagi cuma dulu ada gaduh ke apa takde gadget canggih nak rakam. Perlakuan seorang gangster ni seakan sinonim dengan anak melayu dimana
anak melayu yang nak tunjuk taiko pukul sana sini tapi akhirnya merugikan diri.Bukan aku nak burukkan bangsa sendiri tapi itulah hakikatnya yang kita sendiri boleh tengok. Bila masa sekolah gangster pukul sana sini, memang rugi bagi diorang dalam pelajaran..

Bila kat sekolah dah bikin hal, maka rekod tu dah buruk bila nak mintak kerja masa sekarang ni hatta mintak kerja supermarket pon tokey rela ambik bangla,nepal,vitenam,myammar,indon kerja dari orang yang macam ni.Jadi pikirlah wahai adik semua, mungkin masa darah muda ni kita boleh hayunkan tangan, lajukan sepakkan pada target kita, tapi benda ni bersifat sementara je..Hidup tak selalunya kat atas, taiko macam mana pun kalau nanti keje jadi kuli bantai kene maki jugak..Sementara masih ada peluang untuk ubah masa depan, berubahlah..Tak rugi langsung jadi orang baik..Allah pun suka Hamba-Nya yang baik..

Thursday, March 21, 2013

Cerita Pendek: Kalau itu takdirmu

Posted by Blogging for future 1:18 AM, under | No comments

   Tersentap kejap Wan bila dia sedar hakikat yang dia bukan dari golongan berkemampuan untuk dia proceed mengorat sorang awek kat opis dia tu.Bukanlah faktor pangkat sebab Wan pun pangkat dia power jugak sebagai seorang Jurutera. Satu jenis penyakit Wan Zakuan (nama penuh) bila mata dia terpandang satu objek tumpul bernama "gadis/awek" . Wan mula usha-usha ringkas ajela sebab masa tu perut dia tengah lapor kendian lalu la sorang awek bernama Erina yang pada zahirnya memang sorang gadis koprat yang cantik.. Punyalah wan ni serius kaji setiap benda sampaikan orang nak ambik order dia buleh pulak tak dengar, kritikal sungguh kepala otak wan ni kalau dah mula fokus pada pompuan.

   Sejak dari hari pertama dia nampak Erina tu, terus dia pasang niat nak cuba nasib berkenalan,berkawan-kawan dan mana tau boleh up level ke kan. Jadi sejak dari tu Wan tak tidor malam, sambil dia berangan, dia guna kepakaran dia sebagai jurutera buat mapping macam mana nak approach Erina ni. Lepas sebulan tu Wan dah dapat la signal dari Erina bila berbalas senyuman..Tapi Wan ni hati dia sebenarnya dah dimiliki jadi dia dah jadi serba salah pastu dalam masa yang sama dia dah mula suka kat Erina. Bila Wan dah dapat contact number Erina, langkah Wan dah nampak lancar jugaklah tapi wan jenis hati berbelah bagi sebab dia fikir jantung hati dia jugak...Banyak kali Wan istifar,muhasabah diri tapi bila bibit sayang,syok sendiri,cintan dan macam-macam lagi timbul ah mula dah Wan dah jadik angau.. Wan dengan Erina dah jadi kawan rapat.

  Satu hari Erina tanya status Wan kt LiveChat secara kiasan pastu Wan dah menggelabah gila tak tau nak cakap apa, tapi dalam gelabah dia sempat lagi dia cakap "yes" she's give a good respond!!.. pastu Wan tak reply, Wan ni pandai jugak la tukar topik macam dia tukar setting dalam engineering. Lepas tu Erina tanya lagik masa dia tompangkan Wan balik kerja " Wan, you stay with your family atau bujang ?" Sekali lagi Wan dah gelabah, Wan jawab " I duduk ngan family"... Erina pun says "ok".. Wan ni sengal betul, dalam gelabah mesti dia buat benda tak betul, sempat lagik dia ushar peha si Erina..Cehh mentang-mentang Erina pakai skirt..hahaha..Gila betul Wan ni kalau bab pompuan Cantik..

 Tapi lepas setahun lebih diorang kawan, Wan mula sedar yang dia dah kawin dan ada anak pun. Wan memang dah syok 79% kat Erina, tapi Wan dia rasa dia tak mampu, dia kalah dan sebagainya...Kerap jugak Wan asingkan diri dari kawan-kawan dia..Erina ni pun kira boleh tahan jugak ramai orang minat kat dia, itu salah satu sebab Wan jadi down..Sehari ke sehari Wan jadi tak keruan, jadi hilang arah dek sebab cinta baru dia..Wan macam tak reti nak baiki jiwa dia padahal dialah sifu power untuk kawan-kawan dia yang sekarang berjaya dalam cinta....Sekarang ni Wan sikit sengsara dengan permainan perasaan Perasan yang dia cipta sendiri..Erina pun dah ada pilihan hati, dengarnya nak kawin tahun depan..Wan lagi la kecewa teruk abis dia fikir macam-macam..Kesian ada, nak gelak pun ada dengan Wan ni, tapi apa boleh buat soal hati dan perasaan ni sesuatu yang unik..Bila cakap soal jodoh ni, kita bersyukurlah dengan jodoh yang Allah s.w.t tetapkan dan redha...Kalau nak cari yang cantik, belum tentu kita boleh dapat, kalau dapat pun cantik tu bersifat sementara buleh jadi nanti lepas tu si cantik dah upgrade berat pastu jadi kurang menarik sapa tau kan..Apa-apa pun yang penting Wan sekarang ni dah mula pulih..Kenyataanya Wan kene terima ketentuan ni.Kita manusia biasa tak mampu untuk melawannya..Setiap apa yang diberikan adalah terbaik untuk kita..

  p/s: Cerita pendek aku yang pertama..Aku main hentam je karang..nama pun aku sebat je..hahah..Cerita ni rekaan semata-mata yer..Kalau ada yang terkisar dengan kenangan korang, maap bebanyak :D

Jemaah Gangster (Video)

Posted by Blogging for future 12:20 AM, under | No comments

Aku duk belek blog kawan aku http://han-is-my-name.blogspot.com/ tengok satu entri menarik dan video yang disampaikan pon menarik jugak..Jadi aku share la kat sini.Kredit untuk owner video :)

apehal takleh nak attach video lak..ok layan kt link ni yer.. :D

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=pya4c_nYTsA#!

Sebelum aku karang cerita pendek .

Posted by Blogging for future 12:11 AM, under | No comments

Sebelum aku karang cerita pendek meh kasi ambik feel sikit lagu yang aku duk search kat Youtube. Lagu tajuk Tiara yang dinyanyikan semula oleh Mus May, yantzen & Oney. Memang layan la ini lagu..Aku dari semalam nak karang cerita pendek tapi takde datang pulak idea..Dari Hulu Langat ke Bangi baru aku dapat 5% idea..Ah susah jugak rupanya nak buat cerita kasi orang suka nak-nak kalau cerita ada berbaur cinta..keh keh keh...

Saturday, March 16, 2013

Harlem Shake Keicarmania Style

Posted by Blogging for future 1:09 PM, under | No comments

Harlem Shake Keicarmania Style di ilhamkan oleh haziq secara spontan. Masa ni tengah tunggu kawan-kawan yang lain untuk sesi photoshoot . Masa ni pun masing-masing ada la rasa segan tapi bila kesungguhan tu dah ada,apa lagi kitorang bikin shooting video ni. Memang kelakar gila la bila tengok balik video ni kat hempon haziq...Malam tu haziq upload video ni kat youtube lepas dia siap edit. Setakat hari ni lebih kurang 412 view dah. Video ni sekadar untuk suka-suka...Lupa pulak, lokasi shooting ni dibuat dekat parking Stadium Cheras,Kuala Lumpur.

Lagu yang aku suka dengor

Posted by Blogging for future 1:00 PM, under | No comments


Aku memang jenis suka lagu yang bertema jiwang ni sejak dari sekolah menengah lagik.Bukan sebab aku punya hati ni lembut sangat, tapi sebab memang jiwa gua dikurniakan jiwa jiwang tapi gua tetap layan lagu rock kapak,rock chainsaw dan rock wooo..